Rahsia mendapatkan badan yang ideal
- Pastikan anda makan lima kali sehari dan makan dengan kerap dgn kuantiti yang kecil supaya kurang berasa lapar.Pilih makanan yang rendah kalori. Ramai yang beranggapan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja boleh menurunkan berat badan. Ini adalah perkara yang silap. Tubuh badan anda masih memerlukan kabohidrat dan lain-lain untuk membakar lemak yang berlebihan di dalam badan.Banyakkan minum air masak sehari. Sekurang-kurang 3-4 liter sehari. Dengan pengambilan air,toksin dalam badan dapat dikeluarkan dengan cepat.
- Semasa makan sila pastikan anda minum air masak terlebih dahulu sebanyak 2 gelas. Pilih makanan yang rendah kalori atau makan dengan jumlah yang sederhana. Sebelum ini anda ambil 2 senduk nasi dan cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja dan pilih makanan kateogori hijau seperti sayur-sayuran.
- Kenal pasti keperluan kalori anda. Jika lelaki kebiasaan keperluan kalori sehari 2000 dalam masa sehari.Wanita dalam 1500-1800 sehari. Pastikan anda ambil kalori dibawah paras keperluan. Pengurangan 600 kalori sehari dapat membantu anda menurunkan 1 kg seminggu.
- Lakukan riadah seperti berbasikal,berjalan kaki sekurangnya 30 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jangan lakukan aktiviti ekstrem seperti berjoging dan sebagainya yang menyebabkan anda penat dan akan mengambil makanan berkalori tinggi. Mulakan dengan aktiviti yang ringan dahulu. Aktiviti skipping contohnya dapat membakar kalori dengan cepat banding berlari.
- Makan bijirin untuk sarapan. Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.
- Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda. Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut dapat membuka selera.
No comments:
Post a Comment